Assalamualaikum pembaca yang mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini,...
Hari ni saya xberapa nak ceria sgt sebab sy asyik terfikirkan pasal nak cari kat mana internet celcom... kebanyakan yang saya tengok dah habis stock...adoi...mcm mna ni...
kenapa celcom tidak keluarkan lgi internet instanet????
kepada sesiapa yang tau kat mana jual plan internet celcom prepaid untuk student..please bgitau...
sbb saya nak sgt beli untuk guna time di kampus nanti...
merata saya cari...
klau boleh kedai tu dekat area pj or subang jaya yer....
dekat celcom cube blue xda jual pun...
please sesiapa yang tau tu boleh la bgitau...
cuma itu saja la kot...
jumpa lagi
bye nak sambung buat kerja ni..
salam sayang semua...<3
Monday, 27 October 2014
Monday, 20 October 2014
pizza homemade suka-suka
Assalamualaikum pembaca blog saya semua,
hujung minggu kali ini, saya mengisi masa dengan membuat pizza sendiri..
sebab dah teringin sangat nak makan pizza buatan sendiri akhirnya dapat juga dilaksanakan...
Disini nak kongsi sedikit resepi pizza yang saya buat untuk tatapan anda semua ye...hihi

Resepi Pizza
For dough
500 gm Tepung high protein or gandum
(boleh dapat 4 pizza)
11 gm yis mauripan
1 st gula (utk tepung)
1 st gula (dlm yis)
1 st garam (fletkan)
2 sudu besar minyak sayuran
300 ml air suam
minyak
1. Masukkan tepung, gula, garam dan
gaul sebati. Bancuh yis dalam air suam tadi serta tambah gula. Buatkan lubang
pada tengah tepung masukkan minyak sayuran dan yis mauripan yang dibancuh tadi.
2. Gaulkan semua bahan sehingga
sebati dan tidak melekat ditangan selama 15-30 minit. Kalau ada breadmaker ok
jugak.
3. Setelah doh sebati, letakkan doh
dalam bekas dan tutup dengan plastic wrap/kain untuk rehatkan doh dan menjadikan
doh kembang berkali ganda selama 30 monit – 60 minit.
For topping
Cili merah (potong halus)
Cili benggala (potong dadu)
Tomato (blend)/tomato puri/ sos prego
spaghetti
Sos tomato
Nenas dalam tin (klau suka)
Bawang merah (potong mayang)
Sosej/ crab stick (potong serong)
daging cincang/ayam cincang/sotong/udang
cendawan butang (potong nipis)
keju mozzarella (parut)
keju cheddar (parut)
mayonis
Macam leha xda tomato puri jadi leha
guna buah tomato. Leha blend tomato dan masak dengan sos tomato dan tambah
garam sikit sehingga pekat dan cukup untuk letak pizza.
Bahan diatas ikut suka korang nak
banyak mana nak letak atas pizza tu..
1. Doh pizza yang telah kembang tadi
dikeluarkan dan diuli serta dibahagi kepada empat bahagian. Gunakan sedikit
minyak untuk menguli doh supaya doh tidak melekat.
2. Uli pizza bahagian pertama dan
gelek doh mengikut saiz dulang pembakar dan seterusnya baki doh yang lain.
2. Sapukan sedikit minyak pada dulang
pembakar. Letakkan doh yang telah digelek keatas dulang/ Loyang pembakar pizza
dan biarkan sekejap supaya doh naik sedikit.
3. Setelah itu, cucuk pizza tadi
dengan garfu supaya tidak gelembung ketika masak. Boleh la disapu sos tomato
yang dimasak tadi or tomato puri pada bahagian base pizza dan diikuti dengan
bahan topping yang lain seperti bawang, cili, cendawan, nenas, sosej, crab
stick, daging cincang dan akhir sekali taburkan cheese mozzarella dan cheddar
serta mayonis mengikut kesukaan masing2 ye…
4.Diikuti dengan doh pizza yang
seterusnya tau..
5. Panaskan oven selama 5 minit.
Kemudian boleh la dimasukkan pizza yang telah siap di hiaskan dan dibakar
dengan suhu 160 darjah celcius selama 30 minit. Bergantung pada oven juga ye
nak bakar tu.. Tinjau2 la ye pizza jangan sampai garing sangat2 dah la.
Sekian itu sahaja perkongsian resepi
pizza kali ini. Selamat mencuba ye…
antara pizza yang saya sediakan kali ini..
semoga terhibur ye...
~Salam sayang semua <3
Assalamualaikum
Tuesday, 7 October 2014
raya iduladha
Assalamualaikum dan selama sejahtera kepada pembaca blog saya...
entry kali ni mengisahkan tentang raya haji..or iduladha yang disambut oleh umat islam di Malaysia pada ahad 5 oct 2014 bersamaan 10 zulhijjah 1435h...
syukur alhamdulillah...
saya dan family tunaikan solat raya di masjid yang berdekatan dengan rumah sahaja....
sayup2 kedengaran takbir raya....
pulang dari masjid baru makan..
menunya...mee goreng kak cik, sup daging abah, telur goreng angah n minuman teo dan milo mama...
hahaha...saya???tukang makan je....
tpi xbesar2 pun badan...hihi kecik takat tu jgak.
pagi raya ni lima anak dara mama n abah berpakaian sedondon tau...
kami pakai dress yang di jahit sendiri oleh tukang jahit dirumah saya n kain nya diimport dari indonesia....seronok rasa....lima pasang dress itu dapat disiapkan dlm masa seminggu shja...
bila jalan semua org tengok...hihi..malu pun ada
selepas makan pagi saya n fmly bersiap utk menuju ke tanah perkuburan islam batu caves....
suasana di tanah perkuburan sesak sangat...kereta terpaksa parking kiri kanan jalan....
sampai ada jugak kereta yng rosak lagi la bertambah2 sesak...atas ihsan seorg hamba, beliau membantu menolak kereta saudari yang rosak itu ke tepi jalan utk mengurangkan kesesakan dan kereta beliau dipandu oleh isteri beliau....
habis disitu...
seterusnya menuju ke rumah mak cik di setapak, kuala lumpur...
saja2 jalan ziarah...
pastu balik rumah...melantak lagi...
lepas melantak terus pulak terbongkang...haha
sbb malam sblm tu sy tido lewat....sbb tu ngantuk lepas makan...hahaha
sebelah petang xda pergi mana2 pun....
cuma sebelum maghrib keluar sekejap adik nak beli kasut...
esok pagi kakak n adik nak pulang ke hostel masing2...dua2 bas pagi...
nasib la ada ramai tukang yng boleh hantarkan ke stesen bas...
sbb dua2 naik di tempat berlainan...nak naik flight tempat diorg xda airport...ada pun jauh...jadi naik bas je la....
sampai sini dulu la cerita raya iduladha...
nty kita jumpa di entri yang lain ye...
~salam sayang semua~

Subscribe to:
Comments (Atom)