Monday, 20 October 2014

pizza homemade suka-suka

Assalamualaikum pembaca blog saya semua,
hujung minggu kali ini, saya mengisi masa dengan membuat pizza sendiri..
sebab dah teringin sangat nak makan pizza buatan sendiri akhirnya dapat juga dilaksanakan...

Disini nak kongsi sedikit resepi pizza yang saya buat untuk tatapan anda semua ye...hihi

Resepi Pizza


For dough
500 gm Tepung high protein or gandum (boleh dapat 4 pizza)
11 gm yis mauripan
1 st gula (utk tepung)
1 st gula (dlm yis)
1 st garam (fletkan)
2 sudu besar minyak sayuran
300 ml air suam
minyak

1. Masukkan tepung, gula, garam dan gaul sebati. Bancuh yis dalam air suam tadi serta tambah gula. Buatkan lubang pada tengah tepung masukkan minyak sayuran dan yis mauripan yang dibancuh tadi.

2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tidak melekat ditangan selama 15-30 minit. Kalau ada breadmaker ok jugak.

3. Setelah doh sebati, letakkan doh dalam bekas dan tutup dengan plastic wrap/kain untuk rehatkan doh dan menjadikan doh kembang berkali ganda selama 30 monit – 60 minit.


For topping

Cili merah (potong halus)
Cili benggala (potong dadu)
Tomato (blend)/tomato puri/ sos prego spaghetti
Sos tomato
Nenas dalam tin (klau suka)
Bawang merah (potong mayang)
Sosej/ crab stick (potong serong)
daging cincang/ayam cincang/sotong/udang
cendawan butang (potong nipis)
keju mozzarella (parut)
keju cheddar (parut)
mayonis

Macam leha xda tomato puri jadi leha guna buah tomato. Leha blend tomato dan masak dengan sos tomato dan tambah garam sikit sehingga pekat dan cukup untuk letak pizza.
Bahan diatas ikut suka korang nak banyak mana nak letak atas pizza tu..

1. Doh pizza yang telah kembang tadi dikeluarkan dan diuli serta dibahagi kepada empat bahagian. Gunakan sedikit minyak untuk menguli doh supaya doh tidak melekat.

2. Uli pizza bahagian pertama dan gelek doh mengikut saiz dulang pembakar dan seterusnya baki doh yang lain.

2. Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar. Letakkan doh yang telah digelek keatas dulang/ Loyang pembakar pizza dan biarkan sekejap supaya doh naik sedikit.

3. Setelah itu, cucuk pizza tadi dengan garfu supaya tidak gelembung ketika masak. Boleh la disapu sos tomato yang dimasak tadi or tomato puri pada bahagian base pizza dan diikuti dengan bahan topping yang lain seperti bawang, cili, cendawan, nenas, sosej, crab stick, daging cincang dan akhir sekali taburkan cheese mozzarella dan cheddar serta mayonis mengikut kesukaan masing2 ye…

4.Diikuti dengan doh pizza yang seterusnya tau..

5. Panaskan oven selama 5 minit. Kemudian boleh la dimasukkan pizza yang telah siap di hiaskan dan dibakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 30 minit. Bergantung pada oven juga ye nak bakar tu.. Tinjau2 la ye pizza jangan sampai garing sangat2 dah la.


Sekian itu sahaja perkongsian resepi pizza kali ini. Selamat mencuba ye…







antara pizza yang saya sediakan kali ini..
semoga terhibur ye...


~Salam sayang semua <3
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment