Friday, 25 August 2017

APPENDIX PECAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Topik kali ni pasal appendix. Sebenarnya, cukup 24 hari adik sy duk hospital PPUM kerana kes appendik dia dah pecah.
Bermula masa 31 Julai lagi lepas saya berurusan dgn bank tetiba adik whatsapp cakap perut dia sakit sgt smpai xleh tdo. Kami adik beradik fikir la kenapa, gastrik ker angin ker, tapi dalam kepala terbayang jgk kena appendik jugak ker.

Time 1 Ogos tu adik pergi PPUM sebab masih sakit perut, dekat kecemasan doktor buat ujian darah xray semua. Petang lepas saya balik kerja tau2 result xray dia, doc cakap kena operate malam tu jugak sebab appendik dia dah pecah. Time maghrib tu terus call semua parents yg hantar anak dia dekat rumah cakap esok (2.08.2017) xda org jaga baby. Adik masuk hospital. Malam tu semua adik beradik dtg tgok. Tunggu dia nk masuk bilik OT je. Angah tunggu dari maghrib smpai pukul 10 mlm. Time angah nk balik tu rasa sebak lepas dia peluk mama. Sedih kami adik beradik. Mama pun turut nangis.
Time nk pergi bilik OT, jantung adik kencang. Doktor cakap tak bleh sebab jantung kencang. Tunggu2, doc kata kena buat esok pagi. Semua amek cuti kecemasan. Operate esok tu pukul 11pagi  smpai 1.45 ptg.

Terus tolak masuk ward. Petang tu kami pun datang lawat dia. Mama jaga dia malam tu dekat ward.
Masuk hari ke 3 dekat ward adik mula meracau, time tu saya jaga dia malam. Sedih la jugak sebab dia xpernah meracau macam tu. Sampaikan nurse terpaksa ikat tangan n kaki dia, doc pulak bagi ubat penenang utk dia.

Pagi ahad tu dc cakap dia kena transfer dekat icu sebab utk rawatan rapi dari doc. Seminggu di icu, baru dia masuk ward biasa smpai sekarang. Masuk ward biasa ni, seminggu doc datang tanya utk minta buat MRI. Awal2 kami cakap tak payah buat tapi bila dah lama2, kakak saya yang nurse kata tanya dia nak buat atau tidak MRI. Adik pilih utk buat MRI.


Hari ni Jumaat 25.08.2017 pukul 3 petang, adik ditolak masuk pergi ke tempat scan MRI.
Time taip ni adik masih lgi dalam bilik scan MRI.


Bawah ni saya kongsikan tanda-tanda appendik pecah :

Tanda-tanda dan Simptom

Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat yang akan bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa kesakitan itu akan menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks itu merebak ke tisu-tisu yang berhampiran, lebih-lebih lagi ke bahagian dalam lapisan (peritoneum) abdomen anda. 

Selain daripada rasa sakit yang dialami, anda mungkin akan mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:
  • rasa mual dan muntah
  • hilang selera makan
  • demam ringan selepas timbul tanda-tanda dan simptom lain
  • sembelit
  • tidak boleh mengeluarkan gas/angin (kentut)
  • cirit-birit
  • bengkak di bahagian abdomen
  • berpeluh

Sekian, ada hari lain saya kongsikan lagi kisah lain pulak. Pasal kerja ker, pasal kesukaan ker.
Dah lama memblog, ni baru ingat balik.. hehehehe.
Salam sayang semua.

No comments:

Post a Comment