Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Kareem,
Tarikh 24 April 2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441H (lagi 4 bulan birthday saya.. hehe)
Tahun 2020, terlalu banyak yang nak dicerita. Kenangan semalam menjadi ingatan semua, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah penantian. Setiap yang diimpikan belum tentu menjadi kenyataan, mungkin hanya menjadi ingauan mimpi.
Kalau nak dihitung sudah 4 bulan 25 hari diri ini menjadi suri hati (Zaujah) kepada Zauj Ahmad Amar. Banyak onak dan duri menempuh alam rumah tangga. Kesabaran yang tinggi dalam diri perlu ada..Ego jangan tinggi sangat. Owh nanti kita share macam mana boleh jumpa jodoh ni. hahaha
Nanti juga nak share pasal resepi masakan. Actually, kita minat masakan. Suka sangat bab masak2 ni. Tapi oleh kerana malas nk posting kat blog ni sebab itu la berkurun lamanya xbuka blog ni.. Kerajinan untuk menulis di blog ni tak tau la hilang kemana. Ditiup angin agaknya..hahahaha.
Tapi rasanya bila hati dalam kesedihan mungkin banyak ilham yang nak diluah.. hehe
Rasanya tak perlu panjang2 la ye.. nanti kita share lagi story lain..
Salam sayang semua yg sudi baca.. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment